Monday, July 11, 2016

KESAN KHURAFAT DALAM FILEM ISLAM

KESAN KHURAFAT DALAM FILEM ISLAM

NUR AISYHAH BINTI MINHAT
NURUL RAUDAH MAULAD YAHYA
FARAH NABILAH BINTI AHMAD

DUE5012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada-Nya seluruh makhluk bergantung.


 Firman Allah :

“ Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada kuadakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakal semua orang yang bertawakal.”

( Surah Al-Zumar : Ayat 38 )

Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik.



Hadis Nabi :


       “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”


( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot. Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

Hukum mempercayai adanya keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.

Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus : 106)”:



No comments:

Post a Comment