BENTUK KHURAFAT DALAM FILEM
NUR AISYHAH BINTI MINHAT
NURUL RAUDAH MAULAD YAHYA
FARAH NABILAH BINTI AHMAD
DUE5012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Khurafat masih wujud di dalam
masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang
berbagai-bagai sama ada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu,
cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab
tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat mempercayai binatang
seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu
adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.
Filem-Filem Tahyul dan
Khurafat
Pada
masa kini saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini
tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai
ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan
lagi sumber hiburan yang sedia ada. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah
mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar hal duniawi. Tidak
salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang itu tidak boleh terlalu leka.
Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah
mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat
Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan
penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur
komedi, romantik, aksi mahu pun seram. Hal ini merupakan suatu fenomena yang
positif bagi penggiat seni perfileman terutamanya yang menghasilkan filem
berbentuk seram. Justeru filem berunsur seram kini mendapat perhatian ramai
penonton. Keadaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur
seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket
mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini
telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini
untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
Seiring
dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dan seram ini telah mendapat
perhatian ramai pihak. Ada di antaranya yang memuji dan menyokong lambakan
filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakan yang
mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu
diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan
kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih
berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan
seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan
unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan
seseorang dari ajaran Islam.
Perkara
ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur
hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam.
Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa,
remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan
mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga
mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud
pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram
kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada
hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat
berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap
kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.
Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan
memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
Dalam
hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka
terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika
berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana
rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan
dan perlu ditangani segera. Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem
hantu terhadap penonton menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur
akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal
terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton.
Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi
menyebabkan perasaan takut berpanjangan (Berita Harian, 2011).
No comments:
Post a Comment