PENGERTIAN KHURAFAT
NUR AISYHAH BINTI MINHAT
NURUL RAUDAH MAULAD YAHYA
FARAH NABILAH BINTI AHMAD
DUE5012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Perkataan
khurafat ini berasal dari bahasa arab :
- · kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.
Dari
pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada
- "superstition".
Dari segi bahasa khurafat didefinisikan
sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan
tahyul. Contohnya : kata-katanya itubanyak bida’ah dan ~. Ia merupakan amalan
hidup yang pernah wujud di dalammasyararakat jahiliah pada masa lalu.Manakala
menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semuakepercayaan
yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaranagama
Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan
denganajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan
rasulyang diutuskan oleh Allah s.w.t.
Pada mulanya perkataan ini lebih
dimaksudkan untuk semua hal ataukepercayaan yang bertentangan dengan kaedah
Islamiah yang benar. Akan tetapiselanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik,
aktviti mahupun kegiatanmuamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan
berlaku tuntutan syariatpadanya.Ramai di antara umat Islam terlepas pandang
atau tidak mengambil berat akanperkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa
gejala ini telah menular di dalam agamaIslam dalam pelbagai sudut, aspek dan
bentuk sehingga ia telah meliputi konsepibadah dan kehidupan masyarakat Islam
sendiri.Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan
olehagama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi
melakukannya.
Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya
menyimpangdari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat
semu, iaitutidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia
kerana iabertentangan dengan akal sihat.Bila Islam memusatkan seluruh
pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat menyelewengkannya daripada
pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bilaIslam melapangkan bidang
muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk menyempitkannya.
No comments:
Post a Comment